Tuesday, August 7, 2012

erti REDHA...

Assalamualaikum..

apa kbr sume kwn2?moge sihat slalu dan sntiase drhmati Allah...arini sy sj nk share ttg redha...kita di dunia x sunyi dgn mghadapi plbgai ujian dan dugaan...dan inilah juga utk mmbuktikan kkuatan cinta dan ketaatan pdNYA...tp kdgkala tu pernah juge kita rse putus asa kan bile ssuatu dugaan menimpa pd kita...sy mngaku sy pernah juge rse sbgitu...sbnrnye stiap yg brlaku tu ade hikmah di sbliknya dan tiada satu pun perkara yg brlaku tu adalah sj2...sume tu ade hikmah di sbaliknya dan Allah swt yg mngetahui hikmah dan rhsia itu...

pd definisi scra umunya,redha ini bermaksud...

..sifat lapang hati ketika menerima ssuatu ketetapan drp Allah dgn bsgka baik thadap sgala aturan drpNYA,skalipun ia brtentangan dgn khndak dan keinginan..

Allah SWT juga berfirman:

"Balasan mereka d sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yg mngalir d bwhnya bberapa sungai dan mereka kekal d dalamnya. Allah mredhai mereka dan mereka juga redha (srta bsyukur) akn nikmat pemberian drpNYA. Balasan yg dmikian itu adlh utk org yg takut (mlggar perintah Tuhannya)" (Surah al-Bayyinah 98:8)

tetapi sy sgt tersntuh apbila tbace mengenai kisah Bilal bin Rabah pd saat kmatiannya. Sheikh Abdul Qadir Isa mnukilkan sifat redha beliau. Bilal bin Rabah berkata:

"Sesungguhnya, aku sgt bahagia skrg! Esok aku akn brtemu dgn kekasihku dan org yg kucintai, Rasulullah dan para shbt yg tlh mndahuluiku!"

selain itu, renungilah juge kisah ini iaitu ktika kaki Urwah bin al-Zubair dpotong dan anak yg pling dsyanginya meninggal dunia pd mlm yg sama. Urwah bin al-Zubair berkata:

"Ya Allah, hnya bgMu sgla pujian. Aku mmpunyai 7 org anak dan Engkau tlh mngmbil satu drp mereka dan aku msih mmpunyai 6 org anak. Aku mmpunyai 2 tgn dan  2 kaki, lalu Engkau hnya mngambil satu drpnya dan meninggalkan bgku 3 anggota. Sekalipun Engkau mngambilnya, aku sdr bhwa Engkau jualah yg mengurniaknnya dan skiranya aku ditimpa ujian, aku tetap yakin bhwa Engkau jualah pnyembuh bgku"

Subhanallah! bgitu kuat dan teguhnya kyakinan dan redha beliau pd Allah...rse krdil dri ini dan malu...kita ditimpa sikit ujian,mulalah terus rse putus asa dan ada juge mnyatakan 'knapalah nsib aku mcm ni?'..ada yg mnyalahkan tkdir...

Bukankah Allah tidak pernah mnzalimi hmba2NYA? Jgnlah kita hnya meminta-minta kpdNYA sdgkan hati tidak pernah redha thadap ujian yg dtg drpNYA...

buat kwn2 dan diri sy juge,marilah kita same2 renungkan..stiap ape yg ditentukan oleh Allah itu tntu de hikmah dsbaliknya dan baik utk kita...ssungguhnya DIA lah yg Maha Mengetahui sgalenye dan DIA mengetahui ssuatu yg baik utk dri kita...

***bnyak dpetik drp artikel mjalah Solusi: isu 44 yg brtajuk Zahirkan Redhamu kepada Allah drp saudara Rashidy Jamil al-Rashid***

Thursday, August 2, 2012

selamat berpuasa! (^___^)

Assalamualaikum

apa kabar shbt2 sume?dah lme x mengupdate blog..hu3...masih tak trlmbat lg kan utk sy ucapkan slmt menunaikan ibadah puasa...Alhamdulillah,arini ialah Ramadhan yg ke-13...bersyukurlah kerana kita same2 diberi peluang untuk brnafas sehingga arini...mudh2an mase yg ada ini tidak kita sia2kan terutamanya pd bln yg barakah ini  :)

Allah SWT tlh beri kita offer di bln yg mulia ni,cume brgntung pd kita sj mahu atau tidak utk merebut offer tu..muslimin muslimat berlumba2 melakukan amal ibadah pd bulan yg mulia ini, Alhmdulillah..mudh2an amal ibadah kita diterima olehNYA dan lakukanlah dgn ikhlas semata2 utk mdpt keredhaanNYA...

Di bawah ni,merupakan amalan2 yg mulia dilakukan pd bulan Ramadhan Al Mubarak..mudh2an kita same2 dpt amalkannya dan smoge ditrima olehNYA..insyaAllah... :)

1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)